Announcement

Kadar Baru Yuran Penilaian QLASSIC bermula pada 1 April 2022

25 Mar 2022, 21:58

Bermula 1 April 2022, pensijilan QLASSIC akan dilaksanakan sepenuhnya oleh anak syarikat CIDB Malaysia iaitu Construction Research Institute of Malaysia (CREAM).

Kos pensijilan bagi setiap program adalah seperti berikut:

Kos pensijilan adalah sebanyak RM3,400.00

Subsidi oleh CIDB Malaysia sebanyak RM1,000.00

Baki kos pensijilan sebanyak RM2,400.00 akan ditanggung oleh pemohon dan hendaklah dibayar kepada pihak CREAM.