Announcement

Pemakluman Kadar Baharu Penilaian Qlassic Pada Tahun 2023

04 Nov 2022, 15:41

Dimaklumkan bahawa pihak CIDB Malaysia telah menetapkan kadar baharu bagi penilaian QLASSIC berkuatkuasa bermula pada 1 Januari 2023.

Maklumat bagi kadar baharu sepertimana jadual berikut:

KELUASAN LANTAI KASAR (GFA) BANGUNAN BERDASARKAN METER SQUARE (m²)
KADAR BAHARU QLASSIC

Kategori A & B (Residential Building)
1. < 9,100 m² : RM 3,400.00
2. 9,101 m² – 17,500 m² : RM 4,500.00
3. 17,501 m² – 35,000 m² : RM 7,500.00
4. > 35,001 m² : RM 9,500.00

Kategori C & D (Commercial Building)
1. <50,000 m² : RM 3,400.00
2. >50,001 m² : RM 4,500.00

Bagi penilaian QLASSIC untuk projek bangunan swasta, tiada lagi subsidi akan diberikan manakala untuk projek bangunan kerajaan, pihak CIDB bersetuju untuk memberikan subsidi penuh kepada pemohon projek tersebut.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi pihak CREAM atau email di casc@cream.my. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.